HANz
AKU ADALAH HERO...
Isnin, 11 Julai 2011
GREEN TEA COLOSTRUM...
BUKAN UBAT TAPI MUJARAB..
KHASIAT GTC:-
Teh hijau (Camellia Sinensis Extract) mengandungi Polyphenols (EGCG), antioksidan terbaik (100x ganda dari vitamin C, 25x ganda dari vitamin E)
Susu kolostrum adalah susu awal lembu (3 hari pertama selepas beranak). Kandungan susu dengan khasiat tinggi mempunyai lebih kurang 100 nutrient yang boleh dibahagikan kepada 2 faktor.
◦Faktor daya tahan dalam susu kolostrum terdiri dari immunoglobulin (IgG, IgM, IgE, Laktoferin dan sebagainya).
Ia ber manafaat dengan menguatkan kesihatan sistem imun yang melindungi badan dari penyakit terutama jangkitan virus, bakteria, kulat.
◦Faktor Tumbesaran pula penting bagi kesihatan untuk merangsang pertumbuhan dan baik pulih sel tubuh seperti adanya EgF, TGF, IgF, GH yang melindungi badan dari penyakit metabolisma (metabolic disease).
Kelebihan Susu dan Khasiat Susu Kolostrum Teh Hijau / Green Tea Colostrum
◦Green Tea / Teh hijau kaya dengan antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas.
◦Susu Kolostrum membantu cergaskan kesihatan badan.
◦Sesetengah pengidap barah mendapati pengambilan Green Tea / Teh Hijau menambah kesihatan tubuh badan.
◦Green Tea Colostrum boleh membantu paras kolesterol lebih terkawal.
◦Susu kolostrum bersama teh hijau membantu mengurangkan lemak di viscera bila digunakan bersama program pengurangan lemak yang lain.
◦Pengambilan khasiat nutrien susu dalam produk Green Tea Colostrum boleh membantu daya ingatan dan tumpuan.
◦Apabila kesihatan tubuh badan bertambah, sistem imun tubuh dan daya tahan terhadap jangkitan lebih baik.
◦Susu kolostrum dan teh hijau ini membantu mengurangkan aras gula darah.
◦Susu kolostrum kaya dengan vitamin dan galian untuk kesihatan
◦Pengambilan susu ber manafaat membantu proses pemulihan kecederaan dan penyakit
◦Pengambilan produk susu kolostrum teh hijau yang berterusan boleh merangsang pertumbuhan tulang, rawan, otot, saraf, tisu penyambung dan kulit.
KLINIKAL :-
Kebaikan Green Tea Colostrum (GTC) ialah mempebaharui atau mensintesis sel-sel baru dalam badan kita. Apabila sel-sel lama atau sel-sel tua ini telah mati, sel baru timbul ini adalah sihat dan normal dan kembali berfungsi secara normal.
Tetapi dalam sistem badan kita, kita ada banyak radikal bebas yang boleh memusnahkan sel-sel baru. Untuk memanjangkan sel-sel baru ini, kita terpaksa melawan radikel bebas dari toksin yang memusnahkan sel.
Green Tea kaya dengan antioksidan. Ia pemusnah radikel bebas yang diamalkan oleh remaja Mexico dan China sejak 2000 tahun dahulu. Ia diamalkan sehingga sekarang ini untuk melawan radikel bebas. Jadi kita menggunakan kaedah ini supaya kita dapat menghalang iaitu menggabungkan kedua khasiat ini.
Jadi sel baru yang timbul, dilindungi oleh Green Tea Colostrum. Kita mengamalkannya sebelum kita diserang penyakit. Apabila daya tahan kita kuat, insyaAllah penyakit ini tidak berjangkit di mana pankreas, jantung, saliran darah boleh diperbaiki oleh khasiat-khasiat GTC.
Colostrum dan Green Tea ini mempunyai kesan yang logistic. Ia mempengaruhi antara satu sama lain. Khasiatnya lebih terbukti jika kita mengamalkannya.
Sebenarnya bukan saya yang mencipta Green Tea Colostrum tetapi yang menciptanya ialah ALLAH S.W.T Saya hanya menggabungkan kedua-duanya ke dalam satu formula. GTC ialah pemakanan dan bukannya sejenis ubat.
Kita jangan salah faham kerana GTC boleh memperbaiki fungsi badan normal kita. Orang yang meminum GTC mengalami kesan yang lebih baik daripada orang yang meminum colostrum sahaja. Rata- rata pengguna memang berpuas hati dengan produk Green Tea Colostrum.
Susu kolostrum adalah produk susu yang berkhasiat dan hangat di pasaran kerana kandungan dua faktor pentingnya iaitu IgG dan Faktor Pertumbuhan (GF). Khasiat IgG menambahkan daya ketahanan badan (imun) yang amat diperlukan oleh kita untuk melawan segala jangkitan virus, bakteria dan kulat.
Manakala GF pula membina balik kesihatan sel-sel yang rosak akibat faktor luaran dan bahan-bahan allergen berbahaya tadi sehingga dikatakan boleh memulihkan kesihatan pankreas yang rosak punca kepada penyakit kencing manis.
oleh PROF DR MOHD SHAHIMI MUSTAPHA
_________________________________________________________________
Setelah saya mencuba pada diri saya sendiri dan beberapa pesakit saya, saya dapati kesan sangat memberangsangkan, ialah kesan pada luka setelah dicuba pada pesakit saya iaitu Paklong atau nama sebenarnya En. Harun, berusia 95 tahun.
Daripada luka yang boleh dikatakan tidak ada harapan, perkembangan penyembuhannya amat baik sekali, di luar dugaan sehingga lebih kurang 2 bulan saya cadangkan dia menggunakan GTC dan mencuci luka dengan cucian-cucian yang biasa saya gunakan, luka sembuh sepenuhnya dan kulitnya sepert kulit orang muda.
Pengalaman saya guna GTC ini ialah ketika saya cedera ditikam oleh perompak, saya kena 9 jahitan. Saya makan antibiotik beserta dengan GTC lebih kurang 1 minggu sahaja, luka sembuh dengan baik sekali. Parut hampir tidak ketara. Saya rasa memang ada kesan positif tentang apa yang diperkatakan dan didakwa tentang GTC memang ada kebenaran.
Setelah itu, saya gunakan secara berterusan. Hampir 90% pesakit kencing manis yang mengalami luka di punggung atau kaki gunakan produk GTC secara rutin di samping dressing, mencuci luka, antibiotik dan merawat kencing manis, saya guna GTC.
Hampir 70%-80% daripada pesakit amat berpuas hati dengan penggunaan GTC dari segi kesihatan dan kadar penyembuhan yang berlaku kea atas diri mereka.
Jadi saya ambil keputusan untuk mempromosikan dan menceritakan pengalaman saya kepada doktor-doktor lain dan farmasi-farmasi serta orang ramai supaya selain daripada ubat-ubatan yang telah diberikan oleh doktor, GTC adalah satu pilihan kepada pesakit yang ingin sembuh lebih cepat daripada biasa dan memandangkan bahan yang digunakan dalam GTC ini tiada yang meragukan, hanya campuran Antioksidan, Immunoglobin dan Faktor Tumbesaran (Grow Factor) adalah merupakan satu gabungan yang begitu inovatif.
Pada saya memang pada peringkat awalnya memang kita tidak terfikir akan kebaikannya. Setelah dikaji, memang ia satu gabungan yang sangat secocok umpama kalau kita minum kolostrum sahaja, ia boleh menyebabkan proses pembuangan najis kita lebih banyak dan lebih lembut dan Camellia Sinensis itu sendiri boleh menyebabkan proses pembuangan najis lebih keras dan pejal dan jika kedua-dua ini digabungkan,ia akan menghasilkan najis yang begitu seimbang. Ia boleh digunakan oleh mereka yang selalu menghadapi masalah sembelit dan mereka yang menghadapi masalah buang air terlalu kerap dan lembik. Perkara ini juga memberikan keselesaan kepada mereka yang menggunakan GTC ini.
Saya mengambil contoh seorang pesakit saya yang bernama En. Ramli, 46 tahun. Beliau mengalami sejenis penyakit necrotisis cellulitis atau sejenis penyakit di mana daging membusuk disebabkan perjalanan darah yang tidak teratur atau jangkitan kuman yang serius. Beliau mengidap penyakit ini lebih 10 tahun, berulang alik dan keluar masuk hospital, berbagai klinik dan banyak doktor beliau telah cuba dan akhirnya saya cadangkan kepada beliau untuk menggunakan GTC selain antibiotik, ubat melancarkan darah dan vitamin.
Setelah beliau menggunakan GTC, didapati luka beliau yang tidak boleh sembuh sejak bertahun-tahun sekarang sudah mulai menampakkan hasil yang positif di mana isi daging merah bukan lagi putih atau hitam seperti biasa dan rasa sakit tidak ada lagi. Beliau rasa bertenaga dan bersemangat dan sangat-sangat berpuas hati dengan penggunaan GTC.
Satu lagi saya tengok yang ketara ialah kulit kita kadang bertompok-tompok, bintik-bintik hitam, kesan parut dan sebagainya. Apabila kita guna GTC selama 1 minggu, kulit kita akan mula mengelupas terutama kalau kita ada bengkak sebelum ini. Kulit akan mengelupas kemudian bersalin dengan kulit baru. Mungkin proses bersalin kulit berlaku bukan sekali, tetapi beberapa kali sampai akhirnya satu kulit yang lembut baru seperti orang muda. Jadi kesan begini kalau kita ekploitkan, kita boleh gunakan GTC ini untuk penyakit kulit sperti SLE, psoriasis dan dermatitis dan memang hasil daripada penggunaan GTC memang memberangsangkan.
Psoriasis umpamanya dalam perubatan moden ini memang tidak ada ubat yang betul-betul mujarab, tetapi dengan menggunakan GTC yang tidak mengandungi steroid, kesan positif yang lebih baik dari penggunaan steroid dapat dilihat dalam pesakit-pesakit SLE, psoriasis dan dermatitis ini.
Seorang pesakit remaja berumur 19 tahun yang terpaksa berhenti belajar daripada Universiti kerana mengidap SLE yang yang begitu serius. Boleh dikatakan dari hujung kepala hingga hujung kaki, kulit beliau menjadi hitam dan mengelupas dan beliau tidak boleh bergerak kerana kegagalan fungsi sendi-sendi.
Saya rawat pesakit tersebut rehydration dan saya bagi suntikan hydrocort dulu di peringkat awal, kemudian berhenti hydrocort dan saya arahkan beliau untuk mengamalkan minum GTC 2 kali pagi dan petang disamping makanan-makanan yang berkhasiat lain seperti sayu-sayuran dan buah-buahan. Sekarang belaiu sudah mulai aktif dan ingin belajar semula. Beliau telah berhenti 1 tahun daripada kursus yang telah beliau ikuti.
Yang sebenarnya ramai lagi pesakit yang telah mendapat kesan positif daripada GTC ini yang mana setengah beri feedback kepada saya, setengahnya selesai begitu saja akan masalahnya.
Kesimpulannaya kita boleh guna GTC bukan saja boleh guna untuk menyembuhkan sakit kulit bahkan yang tiada penyakit kulit juga boleh guna GTC sebagai antioksidan yang juga boleh mencegah penyakit dan membuang segala toksin dan radikal bebas yang terdapat hasil daripada kesan pancaran ultraviolet ataupun kesan bahan radioaktif dan sebagainya yang boleh merosakkan kulit kita.
GTC yang boleh mencantikkan kulit memang benar sekali, bukan andaian yang dikatakan begitu saja tetapi telah terbukti dengan pesakit yang telah menggunakannya.
Selain daripada kecantikan kulit, kalau kita bercakap dari segi kecantikan awet muda, kecantikan dalaman kita, akan tunjuk kesan positif kepada penampilan luaran kita. Bila kita menggunakan pemakanan tambahan, makanan kesihatan yang berkhasiat yang mengandungi Antioksidan, Immunoglobulin dan Faktor Tumbesaran,apa yang kita dapat lihat ialah kita menjadi insan yang sihat di dalam dan di luar. Kesan yang dapat dilihat ialah kulit yang lebih cerah, lebih bertenaga dan lebih segar dan juga kesan terhadap tompok-tompok lemak kita.
Tompok-tompok lemak akan mula berpindah daripada tengah iaitu di sekitar organ kita digantikan dengan otot-otot dan badan kita akan berubah bentuk daripada bentuk…. dari segi saintifiknya dikenali sebagai bentuk endomorph, ada yang berbentuk seperti buah epal dan ada yang berbentuk seperti buah pear.
Badan bentuk epal ini dikenali juga sebagai bentuk badan O, tompokan lemak berkumpul disekitar abdomen atau perut menyebabkan perut kita kelihatan besar dan bahagian anggota kaki dan tangan kelihatan kecil. Memang ramai penduduk kita mempunyai bentuk badan sebegini. Kalau kita lihat, tidak ideal, bukan bentuk badan yang diidamkan oleh semua orang.
Walau bagaimanapun, jangan berputus asa, kita boleh ubah dengan menggunakan kaedah pemakanan yang sesuai, latihan senaman yang sesuai dan menggunakan amalan-amalan kasihatan seperti tidak merokok, tidak minum arak, tidak mengambil dadah dan kurangkan stress, tidur secukupnya dan rehat secukupnya.
Kita akan dapat kembali bentuk badan O kepada bentuk badan A atau bagi bentuk pear kalau diamalkan lagi pengambilan GTC, badan akan kembali ke bentuk X atau lebih sempurna iaitu pinggang yang ramping dan kalau lebih agresif lagi, kita dapat bentuk badan langsing atau bentuk I.
Jadi ini semua dapat dicapai dengan menggunakan produk GTC yang diminum secara regular. Apa faedah yang kita dapat ialah,yang pertama, kesihatan yang sihat di dalam dan di luar.
Sihat di dalam kerana perjalanan darah yang lebih lancar, kandungan lemak-lemak yang merbahaya akan berkurangan, sihat di luar sebab kulit nampak lebih segar dan bentuk badan kita lebih ideal, cuma ketinggian tidak bertambah bagi orang dewasa . Jika diamalkan dari peringkat kanak-kanak lagi, ketinggiannya dapat kita lihat pertambahannya dari masa ke semasa. Itu adalah kesan-kesan positif yang dapat saya kongsi bersama.
oleh DR SERI BUANA ZAINUDDIN
(Pakar Perunding Pembedahan dan Laparoskopi)
____________________________________________________________________________
Sebenarnya saya kalau ikutkan kehendak saya, saya sebenarnya tidak mahu terlibat dengan GTC ini. Tapi pada suatu hari, Dr Hadi datang nak jumpa saya, sebelum Dr Hadi datang tu, En. Foudzi pun datang jumpa saya juga. Jadi saya kenal dia sebab sebelum ni dia jual ubat di klinik-klinik.
Dia datang jumpa saya dan saya bawa Dr Hadi sekali. Dia menerangkan kepada saya tentang Green Tea Colostrum. Jadi saya pun tahu la bahawa green tea adalah satu direct selling. Jadi saya kata saya tak nak, dia memberitahu saya ia bukan direct selling tapi produk ni adalah trading.
Selepas itu, dia minta saya cuba dulu. Saya beli satu kotak daripada dia dan mula mencuba. Daripada itulah saya mula menggunakan produk ini, dan saya bertambah yakin melalui pembacaan dan testimoninya orang-orang yang menggunakan dan juga kepada anak saya.
Yang paling berkesan ialah yang berkaitan anak saya. Saya ada 5 orang anak 3 daripadanya menghidapi resdung yang teruk. Terutamanya anak sulung dengan anak nombor 3. Resdung mereka ni mula-mulanya saya tak endahkan sahaja.
Saya mula nak cari ubat apabila waktu pagi masa nak sembahyang subuh, saya tengok teruk sangat selsema yang mereka hadapi. Saya bincang dengan isteri saya, apa salahnya kalau saya belikan GTC untuk anak saya mencuba. Kebetulan pada masa itu dia telah pun menggunakan green tea colostrum selama 2 hari dan sakit kepalanya yang telah lama dihidapi hilang dalam masa dua hari. Sebelum isteri saya mengamalkan GTC, ia telah mengambil ubat resdung atau bahasa perubatan dipanggil migraine.
Alhamdulilah dalam masa dua hari anak saya gunakan GTC, keputusan amat memuaskan. Saya macam tidak percaya sebab banyak ubat yang saya gunakan sebelum ini seperti vitamin makanan tapi tidak memberi apa-apa kesan dan atau ada pun terlalu sedikit.Tetapi hari ini lebih daripada 90% selepas hanya beberapa hari menggunakan produk ini dan itu menguatkan keyakinan saya untuk berikan GTC kepada anak saya.
Sebenarnya dalam bidang perubatan pakar ini, Green Tea Colostrum tidak termasuk dalam bidang saya. Jadi saya mendalami tentang Green Tea Colostrum tetapi bila ianya berkesan kepada keluarga saya, saya mula meneliti apakah kandungan didalam Green Tea Colostrum.
Mungkin benar dalam GTC mempunyai satu gabungan dipanggil polifonel dimana polifonel yang terbaik diantara polifonel ini adalah EGCG dan kajian di Universiti Alaska menunjukkan 100 kali ganda lebih hebat daripada vitamin C dan 25 kali ganda lebih hebat daripada vitamin E.
Sememangnya penyakit resdung ini sebenarnya vitamin C & E adalah dua jenis antioksigen yang paling kuat untuk menahan resdung. Saya berpendapat itulah diantara yang memberi kesan yang hebat untuk merawat penyakit resdung.
Saya cukup gembira sebab salah satu daripada alternative yang boleh saya berikan kepada pesakit yang hidapi masalah kronik yang sukar untuk dirawat melalui perubatan biasa. GTC adalah salah satu daripada apa yang saya gunakan di klinik yang memberi kesan yang cukup kompetetif dan yang saya cukup suka dan saya mula yakin apabila diminta memberi pandangan agar mereka mengamalkan Green Tea Colostrum.
Ketaranya, resdung, kencing manis,darah tinggi ini adalah penyakit yang saya cadangkan menggunakan GTC. GTC ini sebagai rawatan tambahan untuk membantu merawat pesakit sebagai contohnya penyakit jantung. Saya ada seorang pesakit jantung yang amat teruk di mana selepas menjalani pembedahan dia tidak boleh berjalan walaupun selang satu atau dua meter. Jadi saya tidak mencadangkan GTC sebab masa itu saya tak jual lagi GTC tapi saya cadangkan produk lain.Tapi bila dah teruk sangat, makan ubat lain pun tak boleh, saya cadangkan GTC.
Selepas makan GTC dalam masa tiga hari, dia kata ubat yang saya beri amat berkesan dan saya ucap alhamdulilah. Lepas tu saya cadangkan teruskan pengambilan Green Tea Colostrum walaubagaimanapun pengambilan ubat harus diteruskan.
Ini menunjukkan bahawa pengambilan GTC memberi kesan yang cukup cepat dan yang kedua nya penyakit darah tinggi, ada seorang pesakit saya tu terpaksa memakan pelbagai jenis ubat dan saya cadangkan banyak benda. Ini merupakan pesakit saya yang agak lama.
Selepas meminum GTC, alhamdulilah sakit kepala dia hilang, tekanan darah dia stabil. Saya cukup gembira. Penyakit Gout juga saya cadangkan dan saya beri satu alternative yang disukai oleh pesakit-pesakit sebelum ini.
oleh DR ROSLAN BIN YUSUF (Kuala Terengganu)
_________________________________________________________________
Green tea adalah mengandungi Polyphenol iaitu sejenis anti-oksida yang mana kekuatannya adalah 100 kali ganda daripada Vitamin E. Colostrum pula adalah lebih menonjol dalam bidang perubatan. Colostrum mempunyai khasiat dan nutrisi yang sangat tinggi dan mempunyai faktor-faktor daya tahan dan juga faktor tumbesaran.
Gabungan di antara teh hijau dan Colostrum ini adalah satu gabungan yang baik kerana Green Tea Colostrum mempunyai khasiat dengan cara tersendiri untuk kesihatan dalaman kita.
Dalam bidang perubatan, Colostrum mempunyai khasiat yang sangat baik. Jadi mengikut Profesor, jika kita memasukkan Green Tea, ia boleh melengkapkan fungsi Colostrum. Jadi jika kita padankan kajian yang dibuat mengenai Colostrum dengan kajian yang dibuat mengenai Green Tea. Dikatakan gabungan itu lebih lengkap. Begitu juga khasiatnya kepada kesihatan kita akan dapati lebih baik dan lebih lengkap.
oleh DR HADIFAR
CARA PENYEDIAAN :-
Larutkan sebungkus Green Tea Colostrum ke dalam segelas air suam(50°C dan ke bawah). Jangan gunakan air panas.
Cara Penyimpanan
Elakkan terdedah kepada keadaan panas dan lembap.Selepas bungkusan dibuka,kandungannya perlu digunakan bagi mengelakkan perubahan kualitinya.
Kandungan
Tepung Susu Skim Kolostrum,Ekstrak Camellia Sinensis.
Perhatian
Tidak sesuai digunakan sebagai susu bayi.
*Harga promosi sehingga Hari Raya RM75(harga pasaran RM85)
*Sila hubungi : - En. Nazzihan 0196143216
Rabu, 8 Jun 2011
Langgan:
Catatan (Atom)

